MASALAH SOSIAL DI MALAYSIA
ARAK / MINUMAN KERAS / ALKOHOL
Alkohol sinonim dengan arak atau
minuman keras yang selalunya diminum ketika bersosial atau digunakan untuk
mempertingkatkan "mood" seseorang. Ia juga boleh mengakibatkan
ketagihan jika selalu diminum. Minuman beralkohol terdapat dalam pelbagai
bentuk termasuk bir, wain, brandi dan wiski.
Alkohol merupakan perosak masyarakat
sejak zaman berzaman. Pengambilan alkohol secara berterusan boleh mengakibatkan
kehilangan nyawa yang tidak terkira serta menyebabkan kesengsaraan kepada
jutaan manusia di seluruh dunia. Alkohol merupakan punca pelbagai masalah yang
dihadapi masyarakat masa kini. Statistik kadar jenayah yang meninggi,
pertambahan kes penyakit mental dan keruntuhan institusi keluarga di serata
dunia menjadi testimoni bisu kepada kuasa perosak alkohol.
Mengikut syarak, minuman arak adalah
haram dan salah di sisi agama bagi individu muslim yang mengambilnya. Antara
sebab pengharaman arak oleh syarak kerana ia memabukkan dan boleh menghilangkan
akal orang yang meminumnya. Perbuatan meminum arak adalah termasuk dalam
perbuatan syaitan yang dipandang keji oleh syarak.
Faktor-faktor pengambilan alkohol :
1) Faktor persekitaran
contohnya :
-
Mudah didapati
-
Harga murah
-
Pengiklanan yang menarik di media massa dan media elektronik.
2) Faktor Sosial :
-
Pengaruh rakan sebaya
-
Latarbelakang keluarga
-
Pengaruh idola atau orang-orang yang terkenal
-
Budaya
3) Faktor Biologi :
-
Keturunan
-
Personaliti (contohnya: impulsif, mudah gelabah/terangsang).
Kesan-kesan pengambilan alkohol.
Kesan
pengambilan alkohol merangkumi pelbagai aspek kehidupan seseorang.
Implikasi sosial termasuk :
-
Kurang konsentrasi yang boleh mengakibatkan kemerosotan prestasi pelajaran atau
kurang tumpuan terhadap pekerjaan.
-
Kekerapan ponteng sekolah yang boleh mempengaruhi pencapaian akademik
-
Kelakuan Delinkuen/salah laku
-
Penglibatan remaja dalam jenayah untuk membiayai tabiat ketagihan alkohol
Kesan fizikal alkohol adalah:
-
Keadaan mabuk (seseorang itu berjalan terhuyung-hayang, pertuturan yang tidak
betul atau jelas, bingung dan bercelaru).
-
Keracunan (gejala-gejala termasuk mengantuk yang teramat, tidak sedar diri,
sukar
bernafas,
paras gula yang rendah, sawan dan juga boleh menyebabkan kematian).
-
Alkohol menyekat pusat kawalan.
Manusia
memiliki pusat kawalan di otak. Pusat kawalan itu melarang seseorang daripada
melakukan perbuatan yang di anggap salah. Contohnya seseorang itu pada
kebiasaannya tidak menggunakan bahasa kasar atau kesat ketika berhadapan dengan
kedua ibu bapa dan dengan orang yang lebih tua. Jika dia perlu kebilik air,
pusat kawalan di otak akan menghalangnya dari membuang air di tempat terbuka,
maka dia akan menggunakan tandas.
Apabila
seseorang meminum alkohol , pusat kawalan tersebut menjadi tersekat. Inilah yang
mengakibatkan seseorang yang mabuk melakukan perbuatan yang bertentangan sama
sekali dengan peribadinya. Contohnya seseorang yang mabuk didapati menggunakan
bahasa kesat dan tidak menyedari kesilapan itu walaupun sedang berhadapan
dengan kedua ibu bapanya.
Gangguan kesihatan termasuk:
-
Kerosakan otak yang kekal
-
Penyakit hepar ( radang hepar, sirosis, kanser)
-
Penyakit jantung (peningkatan tekanan darah, angin ahmar/strok)
-
Ulser pada perut (ulser gastrik dan peptik)
-
Kanser usus
-
Penurunan naluri seks dan mati pucuk
-
Keguguran spontan
-
Bayi yang tidak normal
-
Anaemia (kandungan darah rendah)
-
Memperlahankan fungsi sistem saraf pusat
-
Mengubah persepsi, emosi, pergerakan, penglihatan, dan pendengaran seseorang.
Masalah Psikososial juga mungkin
timbul. Antaranya :
-
Perubahan personaliti
-
Kemurungan
-
Bunuh diri
-
Kelakuan agresif
Risiko tidak langsung terhadap
kesihatan ?
-
Terlibat dalam gejala seks yang tidak selamat (berisiko tinggi mendapat HIV/AIDS)
-
Menunjukkan perilaku yang ganas
-
Menderita akibat kecederaan contohnya akibat kemalangan jalanraya.
Bilakah seseorang itu disyaki
mengalami ketagihan alkohol?
-
Keinginan yang teruk atau gian untuk minum alkohol
-
Gagal untuk berhenti dari terus minum
-
Gejala fizikal ( berketar, berpeluh dan loya)
-
Perlu meningkatkan jumlah alkohol yang diminum
-
Meneruskan tabiat minum walaupun mengalami banyak masalah yang
diakibatkan
oleh alkohol.
Bagaimana anda boleh menghindari dari
alkohol?
-
Mengamalkan gaya hidup sihat dan banyak bersenam.
-
Berkemahiran untuk menangani stress dan masalah yang dihadapi
-
Jauhi dari rakan yang mengambil alkohol
-
Isikan masa sepenuhnya - Ambil bahagian dalam sukan, mulakan satu program senaman
atau hobi, mengambil bahagian dalam aktiviti sosial yang berfaedah seperti
PROSTAR dan Rakan Muda
-
Jangan menerima pelawaan untuk mencuba alkohol walaupun untuk sekali sahaja
-
Jauhi dari tempat yang boleh menggalakkan pengambilan alkohol seperti bar,
kelab
malam, disko dan sebagainya.
-
Mempunyai kemahiran/kebolehan bagi menangani masalah sama ada kecil atau besar.
Apakah yang boleh anda lakukan jika
mempunyai masalah alkohol?
-
Dapatkan pertolongan secepat mungkin
-
Berbincang dengan orang dewasa yang boleh dipercayai (ibubapa, doktor,
kaunselor
sekolah dan sebagainya) atau seseorang yang boleh memberi sokongan.
MITOS REALITI
1) Penggunaan alkohol membuat seseorang individu
berasa seperti dewasa.
- Remaja yang tidak mengambil alkohol
adalah lebih matang dan dapat berfikir secara rasional. Mereka juga kurang
bermasalah.
2) Alkohol memudahkan mereka mendapat
ramai kawan dan diterima sebagai sebahagian dari kumpulan tersebut.
- Rakan yang tidak mengambil alkohol
boleh lebih dipercayai dan merupakan kawan yang sentiasa mengambil berat.
Perhubungan antara kawan juga lebih sihat tanpa penggunaan alkohol.
3) Alkohol
membuatkan seseorang itu nampak "cool" dan berjaya.
- Alkohol mengakibatkan mabuk,yang
mana ini jelas tidak "cool" dan juga merbahaya.
4)
Alkohol menghilangkan rasa bosan dan memberi keseronokan.
- Kegembiraan adalah lebih nikmat
apabila seseorang itu mengambil bahagian dalam aktiviti sihat dan tidak mabuk.
Kegembiraan di bawah pengaruh alkohol tidak bertahan lama dan mudah dilupakan.
5) Adalah lebih baik mengambil alkohol
semasa remaja supaya anda boleh berhenti mengambilnya semasa dewasa ketika anda
mempunyai lebih tanggungjawab. Remaja juga mempunyai tanggungjawab yang
penting. Malahan, alkohol boleh mengakibatkan ketagihan hingga ke peringkat
dewasa. Memulakan aktiviti sihat pada usia yang muda menjadikan seseorang itu
lebih baik dan sihat apabila dewasa kelak.
10 golongan ( dilaknat) yg terlibat dengan arak :
1.
Pemerah arak : iaitu pekerja -pekerja yg melakukan kerja pemerahan buah-buahan
seperti anggur yg bertujuan hasil dari perahan anggur itu akan dijadikan arak
samada mengunakan teknologi moden atau cara lama. Hasil pekerjaannya (
upah/gaji yg diterima ) adalah haram begitu juga perbuatannya.
2.
Meminta diperahkan arak untuknya : Bermaksud majikan /pengurus sesebuah
syarikat yg menggaji beberapa orang pekerja di kilangnya untuk bekerja sebagai
operator pengeluaran .Maka haramlah pekerjaannya itu.
3.
Peminum arak : Orang yg meminum arak walaupun setitik /tidak mabuk /hanya
cuba-cuba .perbuatan itu adalah haram
4.
Pembawa arak : Ia boleh dimaksudkan sebagai pelayan di sesebuah restoran/kedai
makan /hotel ataupun boleh juga dimaksudkan sebagai pemandu lori yg membawa
muatan arak dari sesuatu tempat ke suatu tempat yg lain .Perbuatan itu adalah
haram walaupun ia tidak meminumnya .
5.
Meminta dibawakan arak kepadanya bermaksud seseorang yg membuat pesanan arak
samada untuk diminum ataupun di simpan sebagai koleksi .Maka perbuatan itu
adalah haram
6.
Memberi minum arak kepada orang lain bermaksud seseorang yg memberi orang lain
minum padahal dia tidak meminumnya cth : seseorang Islam membelanja minum
rakannya bukan Islam minum arak di sesebuah restoran. Perbuatan itu adalah
haram
7.
Penjual arak : Boleh diertikan sebagai tuan kedai /restoran yg menjual arak
kepada pelanggannya walaupun dia tidak meminumnya ,perbuatan itu juga haram .
8.
Orang yg mendapat hasil drp arak : Suatu skop yg lebih luas dan pelbagai
bolehlah dikatakan sebarang aktiviti yg berkaitan dengan arak adalah haram cth
: Pengawal keselamatan yg mengawal keselamatan kilang arak dan mendapat gaji
daripada pengurus kilang tersebut . Maka perbuatan/gaji itu adalah haram.
9.
Orang yg membeli arak bermaksud orang yg membeli arak samada untuk diminum atau
tidak . Maka perbuatan itu pun haram
10.
Orang yg meminta dibelikan arak untuknya : Bermaksud seseorang yg meminta
seseorang yg lain membelikan arak untuknya kerana sebab yg tertentu .
Firman
Allah S.W.T dalam surah Al-Maidah, ayat 90 yang bermaksud
”
Wahai orang yang beriman!. Sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan
bertenung nasib dengan anak-anak panah adalah perkara keji yang termasuk
perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya agar kamu berjaya.”
Setiap
yang memabukkan dan menghilangkan akal fikiran itu haram hukumnya. Sabda Rasulullah
S.A.W dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud, Dari Ibnu Umar r.a
bahawa Nabi S.A.W bersabda;
”
Setiap yang memabukkan dinamakan khamar (arak) dan setiap yang memabukkan haram
hukumnya.”
Sabda
Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan oleh Al-Hakim yang bermaksud;
“Dari Ibnu Abbas berkata; Rasulullah SAW bersabda;
“Jauhilah
arak kerana ia adalah kunci segala kejahatan“
Imam
Abu Laits berkata;
“Jauhilah
diri daripada arak kerana ia mengandungi banyak keburukan iaitu orang yang
minum arak akan menjadi seperti gila. Allah S.W.T akan menutup pintu langit
kepada orang yang meminum arak dan amalannya serta doanya tidak akan diterima
selama 40 hari. Orang yang minum arak akan dijauhi daripada rahmat Allah S.W.T
dan dibenci oleh para malaikat.”
Sabda
Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkanoleh AlHakim yang bermaksud;
“Apabila
seseorang melakukan zina atau minum arak, maka Allah mencabut imamnya seperti
mana orang yang menanggalkan baju melalui kepalanya”.
KESIMPULAN
Kesimpulannya,
arak adalah ibu segala maksiat. Sebagai seorang mukmin , kita wajib menghindari
diri daripada terlibat atau terjerumus ke dalam lembah maksiat seperti minum
arak , berjudi, berzina, menipu,pecah amanah, mengamalkan rasuah dan sebagainya
lagi yang mengundang kemurkaan allah SWT.
FAKTA:
•
Orang yang meminum arak seolah-olah seperti orang gila.
•
Allah SWT akan menutup pintu langit kepada orang yang meminum arak.
• Amalan
serta doanya tidak akan diterima Allah SWT selama 40 hari.
•
Orang yang meminum arak akan dijauhi dari rahmat Allah SWT.
0 comments:
Post a Comment